Rem Dambul

Duta Tarap paling tampan di Sabah. Orangnya semanis dan selemak buah tarap bermutu tinggi.

Hari ini mau terbang ke Kuala Lumpur, untuk beberapa event, bermula esok hingga hujung minggu.

Tapi sempat dulu balik kampung, meninjau perkembangan projek Taman Zen dan Buaian Chinta (haha... saya tau, ini jiwang karat!) di Sulap Dahai.

Masa pulang semula ke KK, selaku #DutaTarap rasmi Negeri Sabah, si Remmestilah kena singgah dulu di Pekan Nabalu, membalun buah-buahan tempatan!

Nota: Tempahan untuk menginap di #SulapDahai, boleh hubungi pengurus,Mujahid Halpi (012-863 1558). Jangan tanya saya, sebab saya tidak tau. Serius! 🙏


Buaian Chinta — bayangkan berayun-ayun pada altitud 1900 meter dari paras laut, sambil dipuput angin gunung yang deras?

Lagi-lagi kalau ada pemandangan Aki Nabalu di belakang, dan lembah Liwagu yang menghijau di hadapan. Waduh, satu terapi yang sungguh mendamaikan!

Berayun-ayun sampai reput pun sanggup, kan? 😂🤓



Ini air terjun #TamanZen berlatarkan Aki Nabalu. But the real beauty of this creation is the natural engineering behind it.

Air terjun mini ini berciri eco-friendly dan sustainable sepenuhnya. Airnya diseduh dari sungai gunung berhampiran menggunakan prinsip graviti.

Maksudnya, ia beroperasi 100% semulajadi tanpa bantuan tenaga elektrik. Airnya juga TIDAK diambil dari sumber paip terawat, yang dikhususkan untuk kegunaan domestik, bukan membazirkannya untuk tujuan estetik.


  Cerita ini pertama kali diterbitkan di Facebook Rem Dambul
AkiNabalu
Julai 30, 2019
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Kenangan tiga tahun lalu

Minum petang di beranda rumah panjang di Rumah Pangi , sambil ampai-ampai menun…

Duta Tarap paling tampan di Sabah. Orangnya semanis dan selemak buah tarap be…

Sosodikan Hill

Sosodikan Hill — tempat paling strategik untuk melihat keindahan natural seluru…

Contact Me