Ada orang cakap, maggi ini kononnya paling enak disantap panas-panas ketika musim tengkujuh. Sambil menikmati aroma perencah yang sudah ikonik zaman berzaman, sambil juga mendengar rintik-rintik hujan yang jatuh.
Begitulah fantasi yang selalu didendang ramai orang. Tapi saya tidak pernah percaya. Sehinggalah saya praktik dan mengalaminya sendiri hari ini. Waduh, memang syurgawi sungguh. Jom semua, jemput tengok dan mohon cemburu.
Dunia kita dalam era pandemik global ini, sama seperti semangkuk maggi panas. Semua orang boleh bercakap tentang kelazatannya. Tapi jangan mudah percaya, sehingga kamu mencicipnya dengan lidah sendiri.
Bila orang berdendang itu dan ini, masing-masing gila kuasa mahu tunjukkan dirinya penting — jangan cepat terpedaya. Paling mustahak, jangan senang-senang terjebak jadi rakan subahat. Kamu pula sama-sama gigih menyebarkan info-info yang tidak sahih.
Seeing is believing. Dalam konteks perkongsian informasi, lihat dan tilik dulu sumbernya. Pastikan ia datang dari puncakuasa yang benar-benar berwibawa dan autoritatif.
Tahukah kamu: rakyat bukan hanya sakit dan menderita akibat pandemik dan bencana alam. Mereka juga bertambah perit dan terluka akibat dimangsakan oleh sebaran-sebaran maklumat songsang.
Yang memberi tekanan emosi yang tidak perlu, mencipta ketakutan-ketakutan tidak berasas dan memberi harapan-harapan palsu yang meremukkan jiwa.
So please, be mindful of what you share. Jadilah manusia yang adil dan amanah dalam menggunakan akal kurniaan Tuhan. Now, go and make your own bowl of maggi with two perfect boiled eggs. Nyum, nyum.
related posts
Makan
Oktober 19, 2020
0
Ulasan
Catat Ulasan