Kalau boleh berbusana ekstravaganza penuh labuci lip lap, kenapa mahu pakai baju mahabosan yang suram dan malap? Inilah falsafah hidup insan misali yang selalu riang dan ceria. Yeay!
Hari ini, saya sahut seruan kerajaan negeri untuk berpakaian tradisi ke pejabat, setiap hari Khamis. Kita perlu angkat keunikan ini. Sebab Sabah menawarkan diversiti etnik paling rencam di Malaysia.
Negeri ini makmur dengan kepelbagaian resam dan budaya. Hingga terserlah seni tatabusana yang begitu tinggi lagi kaya. That is the reason why Sabah is often called — The Land of Creative People.
Sayang sekali jika keistimewaan ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Sekurang-kurangnya boleh dibikin komoditi asas untuk membangunkan industri kreatif, atau mencipta bermacam perusahaaan yang dipacu etno-sentrik.
Tapi sebelum nilai sosiobudaya ini boleh dianjak ke tahap industri — Sabahan sendiri perlu mengagungkannya. Kalau kita pun tidak hargai apa yang ada, macam mana orang lain mahu terpesona? Untuk menanamkan rasa apresiasi pada warisan etnik, proses kesedaran dan pembudayaan perlu dipupuk.
Saya fikir seruan berpakaian tradisi seminggu sekali — merupakan satu usaha ke arah itu. Yes, we must fully embrace our own culture before we can mainstream it for others to appreciate. No?
Tentu kita semua ingat lebih sedekad dulu, bahasa slang Sabah masih sangat alien dalam konteks nasional. Ramai orang kita malu-malu mau berbahasa Sabah di luar dari Borneo, sebab takut jadi bahan ejekan. Konon dialek Melayu Sabah ini bunyinya keras dan kelakar.
Tapi bila rancangan realiti AF mula diperkenal, peserta-peserta Sabah mengarusperdanakan slang negeri ini di persada nasional. Lama kelamaan seluruh Malaysia terbiasa, terbudaya dan akhirnya teruja dengan loghat Sabah — yang dianggap unik dan ada nilai tarikan tersendiri.
Maka — muncul slogan dan tag-line bercitra Sabah yang mahsyur meletop di peringkat kebangsaan. Misalnya, “Ini Kalilah”, “Aramaitii”, “Bossku”, etc. Bahkan semakin ramai non-Sabahan yang tidak lagi kekok menggunakan perkataan paling versatile dan ikonik — “bah!”
Lagu-lagu bercitra Sabahan totok pun sudah boleh diterima segenap rakyat Malaysia, misalnya “Tanak Kampung”. Melodinya berayun-ayun ikut rentak Sumazau, dan liriknya diolah dengan gaya tipikal Sabah. Tapi lagu ini dapat dihayati oleh komuniti majmuk Malaysia tanpa sedikit pun rasa janggal atau jurang nuansa.
Kamu fahamkah poin saya di sini? Senang saja bah. Bila ada rasa bangga mau menonjolkan akar budaya yang diwarisi, maka barulah pintu peluang akan terbuka untuk mengindustrikan khazanah etnik ke arena yang lebih nasional dan global. Ia mesti bermula dengan kita sendiri, bukan orang lain.
Kalau kita masih malu-malu tapir dengan resam budaya sendiri; percayalah, sampai kiamat pun kita akan terus jadi melukut abadi di tepi gantang. Iri noh om iri, gisom sogigisom.
Notakaki:
Oh ya, pagi ini jam 8.30 am saya akan bersiaran di https://www.facebook.com/kk12FM/, bercakap pasal graduate employability dan bagaimana citra inovasi boleh membantu. Rakaman saja bersama Ben Uzair, tapi mungkin ada live FB feed. So cubalah subuk kio.
Artikel ini pertama kali diterbitkan di Facebook Rem Rambul
related posts
AkiNabalu
Julai 18, 2019
0
Ulasan
Catat Ulasan