Rem Dambul

Rem Dambul Akinabalu


Kalau di belakang rumah, sudah ada pemandangan syurgawi begini, setaraf dengan pesona Swiss Alps — buat apa buang duit melancong sambil melencong sampai Eropah, hanya mau mencari keindahan alam, kan? 😁

Walau lahir dan membesar di Kundasang, sebenarnya hubungan intim saya dengan gunung bukan terjalin secara natural. Sewaktu kecil, saya lebih suka bermimpi tentang dunia di pesisir pantai, bermain pasir dan ombak laut. Sebab itu saya adaRumah Pangi, yang cuma lima minit jalan kaki ke Pantai Sabandar.

Tapi lepas mengembara sana-sini, dan dapat peluang hidup bertahun di rantau asing, sikit demi sikit datang rasa rindu pada kampung sendiri. Sebab sebagus mana pun tempat orang, tidak ada nostalgia zaman kecil yang menggamit. Maka, semuanya terasa cuma satu kegirangan artifisial tanpa jiwa.

Maka, pada raya haji tahun lepas — selepas beberapa bulan menimbang — akhirnya saya ambil keputusan untuk pulang semula ke Kundasang secara rutin, dengan memulakan pembinaan Sulap Dahai. Betul kata orang: kejauhan itu sebenarnya mendekatkan, bukan menjarakkan.

Tingkat tidak membina kota,
Tapi kota membina tingkat;
Dekat tidak membawa cinta,
Tapi cinta membawa dekat.
 — at Kundasang Sabah.



Cerita ini pertama kali diterbitkan di Facebook Rem Rambul
AkiNabalu
Julai 28, 2019
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Hujung minggu ini,  # RemBalikKampung  dan bertapa di  Sulap Dahai . Kal…

Fantasi maggi panas...

Ada orang cakap, maggi ini kononnya paling enak disantap panas-panas ketika mus…

Sosodikan Hill

Sosodikan Hill — tempat paling strategik untuk melihat keindahan natural seluru…

Contact Me