Rem Dambul



Sekitar pembukaan rasmi pameran solo HARAPAN-KU, senilukis berkonsep dudel+sastera oleh Dr. Rem Dambul.

Setiap kali HAnyut
digiling geloRA,
kita mencari samPAN
untuk pulang ke KUala.

HAnyut
geloRA
samPAN
-KUala,

mencipta
HARAPAN-KU.

Setinggi apresiasi kerana memberi dorongan dan galakan kepada kami:
— YB Munirah (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)
— YB Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan)
— YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (MP Parlimen Masjid Tanah Melaka, juga mantan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia)

Terima kasih banyak Fazleena Hishamuddin (Pengurus Serambi Karya Bellamy) atas usaha gigih membantu menjayakan pameran ini. Juga penghargaan kepada semua aktivis seni dan sastera, kawan-kawan dan ahli keluarga yang hadir memberi sokongan.

Selebihnya, biar gambar yang berbicara. 😁

Postscript: Ampun! 🙏 Lupa bagi kredit pada penerbit buku saya Sinaganaga Lan Benhussain, yang bertungkus lumus mencari pencetak untuk banner, pamplet dan poster pameran — pada saat-saat akhir waktu kecederaan. I owe you Bro! 😁

Artis yang dirai pun ambil kesempatan membebel dan menceceh. Biasalah, gila glamour.

YB menurunkan tandatangan pada poster rasmi pameran, selaku simbolik pembukaan.

The angel behind this event. Thank you so much Fazleena Hishamuddin. Your passion and professionalism are truly, truly admirable! 

Faz bukan main girang dapat cenderamata dari artisRem Dambul, disaksikan YB.

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Datuk Wira Mas Ermie meninjau pameran, sambil artisnya menyibuk bagi briefing. 😂

Sahabat sehidup semati, geng #KEBAWIS. Mereka menjadikan kembara tiga tahun saya di Putrajaya lebih ceria berwarna-warni.

Pelukis terunggul Malaya dalam genre naif dan provokatif, Abdullah Jones dan seorang pelukis kelahiran Sabah, Suddin Lappo. Juga penyair tersohor Nusantara yang tak pernah dimakan usia, Zaen Kasturi

Aktivis-aktivis seni dan sastera Malaysia: Dr. Fahd Razy, Tuan Usman Ibrahim Gumanti, Dr. Idham, adik Danish.

Tidak perlu diperkenalkan lagi. 😁 — with Abdul Saman TaipKhairul Hakimin MuhammadSharmila Mohammed Salleh and Muhammad Haniff Abdul Ayub

My MOST special guests. Anak-anak buah saya datang menyokong. Truly an honour to have your own family members attending your event.

Sahabat sejati selama hampir 30 tahun. Dr.Samsudin Suhaili dan isteri, Dr. Norliza Jamaluddin. Selalu bising konon saya tidak pernah upload gambar dia di media sosial. Nah, ambil ini siap dengan LOVE. Dr. Rozita Ibrahim, cemburu tidak? Dr. Afifuddin Husairi Hussain di hujung kanan itu, menyibuk enter frame. 😁😂

Tersipu-sipu disapa peminat.

#KEBAWIS sedang mood gila-gila rumaja

Post-event celebration with #KEBAWIS and#HEDONIS😁

The two husband-wife angels behind this entire initiative — which provides platform for the voiceless to get heard. 
Sahabat sehidup semati, geng #KEBAWIS. Mereka menjadikan kembara tiga tahun saya di Putrajaya lebih ceria berwarna-warni. 





Cerita ini pertama kali diterbitkan di Facebook Rem Dambul
Doodle Rem Dambul
Ogos 4, 2019
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Fantasi maggi panas...

Ada orang cakap, maggi ini kononnya paling enak disantap panas-panas ketika mus…

Sosodikan Hill

Sosodikan Hill — tempat paling strategik untuk melihat keindahan natural seluru…

Kata seorang sahabat, dendam itu salah satu punca terbesar bagi pelbagai jenis …

Contact Me