Selamat Hari Kucing Sedunia!

Di Rumah Pangi, sentiasa ada sekitar 50-60 ekor kucing pungut pada satu-satu masa. Datang dan mati, silih berganti.

Kucing paling tua dan paling penyibuk, namanya Harry. Sudah 9 tahun di sini, sejak 2011. Ikut piawai umur kucing, ini dikira warga emas. Mungkin sudah nyanyuk.

Kucing lain semua tidak berani duduk atas meja makan semasa tuan rumah bersantap. Tapi Harry ini tipikal perangai haiwan sejati, jenis tidak peduli cakap orang.

Rumah selalu penuh binatang sejak sedekad dulu, betul-betul mengajar saya sifat sabar dan pemaaf. Sebab itu saya jarang merungut, meski pun hidup dikelilingi manusia bertabiat binatang. Alah bisa, tegal biasa.

Selamat hari kucing se-dunia!

King of the house, Harry!
Rumah Pangi
Ogos 9, 2019
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Hujung minggu ini,  # RemBalikKampung  dan bertapa di  Sulap Dahai . Kal…

Fantasi maggi panas...

Ada orang cakap, maggi ini kononnya paling enak disantap panas-panas ketika mus…

Sosodikan Hill

Sosodikan Hill — tempat paling strategik untuk melihat keindahan natural seluru…

Contact Me