Rem Dambul



Semalam, berlangsung secara rasmi majlis serah tugas pimpinan lama kepada Naib Canselor baru. Peristiwa ini bukan saja mengukir mercutanda bersejarah untuk UMS, bahkan juga untuk negeri Sabah seluruhnya.

Kenapa? Sebab pelantikan ini menganjak naratif Borneosasi ke satu markat yang lebih tinggi lagi terhormat. Selama ini — kita banyak disogoh dengan naratif Borneosasi yang berkonsep “asalkan orang Sabah” (AOS). Di bawah pemerintahan baru, kini wadah Borneosasi dipacu meritokrasi, bukan lagi sekadar didodoi sentimen kenegerian AOS.

Ini satu anjakan yang cukup bermakna. Jika kita, warga Sabah, mahu orang luar menghormati slogan Borneosasi — kita mesti mengisi perjuangan ini dengan kualiti dan ketelitian. Bukan hanya gegak gempita, tapi isi di dalam tidak semantap bunyi-bunyian.

Prof. Taufiq, anak Sabah sejati, merupakan ilmuan tersohor dalam disiplin kimia industri. Beliau seorang saintis dan teknologis terkemuka dalam bidang katalisis, biomass dan biofuel. Ini sangat strategik untuk Sabah. Kenapa? Kerana cabang-cabang kimia industri ini merupakan antara pemacu terpenting sektor-sektor teras negeri ini, khususnya komoditi agro.

Prof. Taufiq mempunyai nilai saitasi Scholar setinggi 7500, dengan H-indeks 42. Ada lebih 900 tenaga akademik di UMS ketika ini — dan saitasi tertinggi yang direkodkan ialah 2700, dengan H-indeks 30. How to put this numerical comparison in a context?

Mari saya beri analogi. Anggap saja mereka semua itu pemain bolasepak — maka, Prof. Taufiq ibaratnya sudah bermain Piala Dunia sebanyak tiga kali. The next best player after him, has only played in the Asian Cup.

Because of his distinguished calibre, Prof. Taufiq was promoted to Professor B at the “tender age” of 45 (2013). Not many can reach this level, even at the verge of retirement. What is more incredible, Prof. Taufiq achieved this amazing milestones at UPM (a research university), where competition is twice tougher than in comprehensive universities.

Universiti ini sama seperti sebuah team bolasepak. Jika mahu dihormati pasukan lawan, ia mesti diketuai pemain terunggul. Bukan pemain sampiran atau simpanan. Jika gedung ilmu diteraju sarjana terbilang, lebih mudah untuk menjana inspirasi dan motivasi. Because these leaders would be able to command natural respect from their peers and teammates.

Menjadi Naib Canselor — adakah hanya merit akademik seperti ini saja yang perlu? TIDAK. Daya kepimpinan juga sangat penting. Sebenarnya inilah kualiti yang mengangkat Prof. Taufiq lebih tinggi daripada calon-calon lain. Sebab beliau satu-satunya pemohon yang mempunyai merit kepimpinan yang seimbang di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Mestikah seorang Naib Canselor ada pengalaman urustadbir yang mendalam di universiti, misalnya sebagai Timbalan Naib Canselor, dekan atau pengarah? Jika ada, bonus. Tapi ini cuma keperluan sekundari, bukan mandatori. There is a distinctive difference between “leadership quality” and “managerial skill”.

“Leadership” adalah tentang kepintaran menganalisis situasi, memugar pergelutan sumber manusia dan memberi halatuju strategik organisasi. Kualiti ini datang dari perspektif meluas sesudah mengetuai entiti yang rencam pada pelbagai skala serta domain. Bukan terhad pada ekosistem universiti saja.

“Managerial” pula lebih pada soal mengurus hal-hal operasi. Ini datang dari pengalaman spesifik mendepani tugas-tugas rutin dalam sesuatu domain kerja yang tetap (misalnya entiti dalaman universiti).

Tugas perdana seorang Naib Canselor adalah MEMIMPIN universiti, bukan setakat MENGURUS. Yes, to provide the strategic direction and to consolidate the collective mission of every stakeholder. Soal “mengurus” ialah tanggungjawab utama pegawai-pegawai di bawah pimpinan NC.

Ya, memang betul. Secara idealnya, NC juga perlu tahu hal-ehwal pengurusan. Tapi yang ini boleh dipelajari dengan mudah. Sebab hal-hal ini semuanya tertulis dalam manual organisasi, yang boleh dibaca sepanjang hari. Bahkan para pegawai juga boleh berikan taklimat dari semasa ke semasa.

Sedangkan daya kepimpinan adalah soal wisdom, yang hanya tersirat di minda nurani. Obviously, based on his illustrative resume, Prof. Taufiq is far superior in this respect.

The point here is — if we want to find an effective leader; at any given circumstances, we should go for leadership qualities over managerial skills. Because it is much easier for you to learn how to manage the office — than to nurture your ability to lead an organisation and its people.

Congrats Prof. Taufiq Yap Yun Hin for your well deserved appointment. Looking forward to work with you; and together with everyone, we elevate UMS to the next level. 💪



Cerita ini pertama kali diterbitkan di Facebook Rem Dambul

UMS
Ogos 1, 2019
0

Ulasan

Search

Popular Posts

Hujung minggu ini,  # RemBalikKampung  dan bertapa di  Sulap Dahai . Kal…

Fantasi maggi panas...

Ada orang cakap, maggi ini kononnya paling enak disantap panas-panas ketika mus…

Sosodikan Hill

Sosodikan Hill — tempat paling strategik untuk melihat keindahan natural seluru…

Contact Me