Minum petang di beranda rumah panjang di Rumah Pangi, sambil ampai-ampai menunggu matahari terbenam. Fuh, sungguh nikmat dan menguja.
Bila kali terakhir saya duduk-duduk di sini, mencicip kopi o dan cekodok panas? Saya rasa tiga tahun dulu. Seriously. I am not kidding. Wow, three years ago! 

Mujur terpaksa WFH, akibat pandemik COVID-19. Kalau tidak, mungkin saya sudah lupa kewujudan beranda ini. Kenapa ya? Terlalu sibuk “mengejar dan membikin” beranda baru, agaknya. This is figuratively put ya. Don’t take it literally.
Saya rasa kita membesar dan terdidik dalam dunia kiasu. Seluruh institusi masyarakat dan sistem pendidikan ripuh membubut materi. Semua berpaksi pada perlumbaan hidup. Gigih sangat mau nobatkan siapa nombor satu dalam segala segi.
Berlawan-lawan siapa paling pandai di sekolah, siapa PNGK paling tinggi di universiti, siapa paling cepat dapat kerja, siapa paling laju jumpa jodoh, siapa paling dulu buat a̷n̷a̷k̷ rumah, etc. Semuanya tentang alambenda dan pemilikan sesuatu.
Misalnya. Saya sendiri selalu ditanya soalan ini: bila mau cari bini? Nothing is wrong with this. Honestly, I don’t find it offensive at all. No issue for me. Malah, saya suka sebab famili dan kengkawan prihatin dengan hidup saya. 

Tapi saya hairan, sebab tiada siapa yang pernah tanya: are you happy? Seolah-olah bahagia itu bukan suatu yang penting. Seolah-olah pencapaian tangible dan pemilikan fizikal itu adalah segala-galanya.
Barangkali sebab itu ramai orang menderita mental dalam diam (Erk, bukan saya ya!). Makan hati berulam jantung, tanpa siapa pun tahu atau peduli. Kerana ramai orang di sekeliling, hanya prihatin pada perkara yang nampak di mata.
related posts
Rumah Pangi
Oktober 21, 2020
0
Ulasan
Catat Ulasan